SHAH ALAM: Polis Kontinjen Selangor menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Telegram berkenaan surat permohonan sumbangan kewangan bagi penajaan Program Hari Polis Ke-216 baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan dalam kenyataan hari ini menafikan kewujudan surat yang dikongsikan oleh Edisi Siasat di aplikasi berkenaan dikeluarkan oleh mana-mana jabatan dalam Kontinjen Selangor.
"Polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang perkongsian atau penyebaran sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih. Mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.
Menurutnya surat itu antara lain menyatakan bahawa sumbangan kewangan yang diminta sebanyak RM50,000 dimasukkan ke akaun sebuah syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Surat itu antara lain menyatakan bahawa sumbangan kewangan yang diminta sebanyak RM50,000 dimasukkan ke akaun sebuah syarikat. - Foto Sinar Harian
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Kod Etika Wartawan Malaysia tegakkan hak masyarakat dapat maklumat sahih - MPI
Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih.
Perkasa hubungan baik media Malaysia-Indonesia, perangi berita palsu negara serumpun
Hubungan baik di antara wartawan Malaysia dan Indonesia perlu diperkasa dan diteruskan dalam usaha memerangi penyebaran berita-berita palsu dan naratif buruk membabitkan kedua-dua negara serumpun itu.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Politik kaum dan agama ‘mencair’ di Indonesia, merebak pula di Malaysia
Katanya, tumpuan ialah pada tawaran oleh calon yang lebih substantif dan dekat di hati pengundi berbanding kempen yang berteraskan identiti.
Langgar polisi, TikTok buang 1.5 juta video pengguna Malaysia
Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.
ASEAN iktiraf usaha Malaysia tangani penyebaran maklumat palsu
ASEAN mengiktiraf usaha-usaha Malaysia untuk membanteras maklumat palsu dengan mendedahkan latihan berkaitan fact-checking kepada orang ramai.
Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.